Refleksi pembelajaran minggu ke - 5

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia :))

FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI

Tomorrow due date , tomorrow do that ! Satu kata-kata yang perlu dijauhi oleh setiap orang bergelar pelajar seperti saya . Hal ini demikian kerana ia tidak bersesuaian dengan apa yang kita cuba pelajari pada minggu kelima ini iaitu 21st century skills :)


Apa itu 21st century skills ? Jum , 'follow me' ..

21st century skills ataupun juga dikenali sebagai adab kemahiran ke 21 ialah satu matlamat untuk memperkembang ilmu teknologi moden kepada tenaga pengajar khususnya seperti guru dan pensyarah untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .


1. Apakah kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad Ke-21?


Kemahiran pembelajaran dan inovasi ( Learning and innovation skills )
• Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
• Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke -21 ?

 Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation )
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Sebagai pelajar, aspek ini perlu ditekankan . Oleh itu, saya huraikan untuk kita lebih mendalami maksud sebenar 21st century skills .



a. Kesedaran Global 
Murid abad ke-21 mempunyai sikap hormat menghormati dan kefahaman antara budaya. Kesedaran global ini membantu murid menangani isu-isu global dengan lebih berkesan.

b. Literasi Keusahawanan 
Murid abad ke-21 mengetahui bagaimana membuat pilihan ekonomik yang bersesuaian untuk peningkatan produktiviti. Literasi ini membantu perkembangan kerjaya murid.

c. Literasi Sivik 
Murid abad ke-21 menyedari hak dan kewajipan sebagai warganegara dan memahami implikasi keputusan yang dibuat di peringkat setempat, negara dan global.

d. Literasi Kesihatan 
Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan untuk mengamal gaya hidup sihat dan selamat.

e. Literasi Persekitaran 
Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang pengaruh masyarakat ke atas alam sekitar serta berupaya membuat keputusan dan menjana cara penyelesaian.




HURAIAN KEPADA KEMAHIRAN PROSES P&P KEMAHIRAN ABAD KE - 21
  
1. Kemahiran Belajar dan Inovasi
Kemahiran belajar dan inovasi bagi menjamin kesejahteraan hidup dan penentuan kerjaya murid dalam era maklumat ialah:

a. Kreatif dan Inovatif
Murid berupaya menggunakan pelbagai teknik menjana idea serta menilai dan menambah baik idea secara kreatif dan inovatif. 

b. Berfikir Kritis dan Menyelesaikan Masalah 
Murid berupaya menggunakan kaedah penaakulan bersesuaian dengan situasi bagi membuat keputusan untuk menyelesai masalah.

c. Komunikasi dan Kolaborasi 
Murid berupaya berkomunikasi dengan efektif, secara lisan dan bukan lisan dalam pelbagai konteks. Kolaborasi dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai matlamat bersama.

2. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi 
Pelbagai kemahiran literasi diperlukan warga dunia/global citizens abad ke-21 dalam era ledakan teknologi dan media.

a. Literasi Maklumat 
Murid mempunyai kebolehan untuk mengakses, menilai, mengguna, dan mengurus maklumat.

b. Literasi Media
 Murid berkebolehan menganalisis tujuan dan kesesuaian media serta isu-isu yang berkaitan dengan mengakses, mengguna dan membangunkan bahan media.

c. Literasi ICT
 Murid berkebolehan mengaplikasi teknologi dengan berkesan dalam pembelajaran dan urusan kehidupan seharian.


3. Kemahiran Hidup dan Kerjaya
 Individu dalam menempuh kehidupan abad ke-21 perlu berkebolehan berdaya saing dalam hidup dan kerjaya.

a. Kelenturan dan Kebolehsuaian
 Murid fleksibel dan berupaya mengadaptasi diri kepada perubahan persekitaran dan urusan kehidupan seharian.

b. Berinisiatif dan Terarah Kendiri
 Murid mempunyai jati diri dan mampu mengurus masa, dan membuat perancangan mengikut keperluan kendiri dan juga organisasi.

c. Kemahiran Sosial dan Antara Budaya
 Murid peka dan prihatin tentang budaya yang berbeza serta hormat dan bersikap toleransi dalam perhubungan sosial antara budaya.  

d. Produktiviti dan Akauntabiliti
 Murid mempunyai kadar produktiviti yang tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan.

e. Kepimpinan dan Tanggungjawab
 Murid mempamerkan ciri seorang pemimpin yang mampu berfungsi sebagai seorang ahli pasukan yang berwibawa dan mampu menyumbang kepada kebaikan kendiri dan pasukan.



3. Apakah ciri-ciri guru abad ke - 21 ?


 menguasai subjek ( kandungan kurikulum )
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini



4. Apakah ciri-ciri murid abad ke - 21 ?


 Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi


Di sini , saya lampirkan perbezaan antara P&P abad ke 20 dengan P&P abad ke 21 untuk kefahaman yang lebih jelas .


P&P abad 20
P&P abad 21
Teacher - centred
Student-centered
Individu
Kolaboratif
Mementingkan pengetahuan
Mementingkan kemahiran
Belajar secara individu
Belajar secara berkumpulan
Teori
Praktikal dan hands-on
Pembelajaran bilik darjah
Pembelajaran ubiquitous

**Ubiquitous - Pendekatan pembelajaran merentas masa dan tempat. Selain belajar daripada dalam bilik darjah, murid belajar dari pelbagai lokasi pada bila-bila masa .





Comments

Popular posts from this blog

Refleksi pembelajaran minggu ke - 7

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8