Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11
Assalamualaikum w.b.t ..
FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI
Minggu kesebelas kami belajar berkaitan Microsoft Office Publisher ( Broshure ).
Brosur adalah salah satu media cetak yang berfungsi untuk mempromosikan
penjualan sesuatu produk ataupun sebagai satu perkongsian wadah ilmu. Pada minggu ini Puan Fariza mengajar kami untuk menjelajah dunia Microsoft Office Publisher untuk menghasilkan brosur yang menarik, informatif dan
memiliki reka bentuk yang unik.
Bagaimana cara membuat broshur menggunakan
aplikasi dari Microsoft Office Publisher 2007?
JUM KITA TEROKA :)
- Tekan start dan pilih menu Microsoft Office Publisher 2007.
- 'Double klik' ikon atau lambang Broshure.
- Seterusnya pilih salah satu rekabentuk broshur sepertimana yang telah dipaparkan.
Terdapat pelbagai jenis tema rekabentuk Microsoft Office 2007 seperti Informational,
Price List, Event dan Fundraiser - Setelah memilih tema, kita bolehlah memasukkan data seperti gambar atau kata-kata
yang sesuai. - Untuk mengubah sesuatu penulisan, hitamkan kawasan penulisan tersebut dan 'delete'
kemudiannya masukkan kata-kata yang baru. - Untuk menggantikan gambar lama kepada yang baru, terdapat dua cara yang
berbeza yang boleh digunakan. Pertama,'double klik' pada gambar tersebut dan
kemudiannya pilih 'Insert Picture'. Kedua, 'right klik' pada gambar dan pilih 'Change
Picture'. Gambar tersebut boleh dipilih daripada Clip Art, 'From File' yang tersimpan
dalam komputer ataupun dari scanner atau kamera. - Untuk menggantikan warna garis latar belakang gambar, gerakkan tetikus ke arah
garis warna dan klik kanan. Seterusnya, pilih Format Object dan pilih Colour. Warna dan
rekabentuk broshur dapat diubah mengikut kemahuan dan kesesuaian sendiri.
Kelebihan daripada penggunaan Microsoft Office Publisher 2007 adalah kita boleh mencetak broshur dalam sesuatu jumlah yang besar mengikut keperluan. Selain itu, kita juga boleh mereka cipta broshur ini mengikut kreativiti sendiri. Dengan cara ini, sudah pastilah kita akan berpuas hati dengan hasil tangan kita .
Ini adalah hasil broshur yang telah saya siapkan. Anda bila lagi ? Cubalah .. :)
Comments
Post a Comment