Refleksi pembelajaran minggu ke - 6
Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan :))
FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI
FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI
Perpustakaan Tun Sri Lanang adalah destinasi menimba ilmu pada kali ini . Kami didedahkan dengan penggunaan laman GEMILANG iaitu satu laman web yang tidak asing lagi bagi warga UKM untuk kemudahan seluruh warga berurusan dengan anjung ilmu kita iaitu PTSL .Satu tempat yang tidak dapat saya lupakan ilh salah satu bilik di dalam PTSL iaitu bilik perbincangan 1 . Pernah sekali saya dan ahli kumpulan kelas 'Foundation English' ingin membuat perbincangan , dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi kerana pertama kali ingin mengadakan perbincangan di PTSL , kami memasuki sebuah bilik yang mana kelihatan seperti satu bilik khas untuk sesi perbincangan kumpulan . Tidak samapai beberapa minit dan kami hanya sempat mendengar mukadimah dari salah seorang ahli , tiba-tiba datang seorang hamba Allah datang menegur dan memberitahu sambil tersenyum-senyum bahawa bilik itu sedang dalam proses pengemaskinian . Masing-masing hanya mengangguk dan keluar sambil menundukkan kepala tanda malu . Sampai sahaja di luar , semua ahli terbahak-bahak dan akhirnya kami terus mendapatkan maklumat tentang penggunaan bilik perbincangan yang betul di kaunter yang disediakan .. :)
Berbalik pada perbincangan di PTSL pada minggu ini, kami diberi taklimat tentang penggunaan GEMILANG dan e-Journal . Bagi pengguna yang ingin meminjam buku , pengguna haruslah tahu tentang tajuk buku dan hanya menekan butang 'browse' . Setalah selesai , pengguna perlulah mengambil/menyalin nombor panggilan buku tersebut untuk meneruskan pencarian di rak . Kepada pengguna yang tidak tahu tajuk asal buku tidak perlu risau kerana anda boleh menekan butang 'keyword' untuk proses pencarian :)E-Journal pula melibatkan beberapa jenis pengkalan data dalam pelbagai jenis bidang . Sebagai contoh, bidang yang paling dekat dengan kita yang disediakan ialah psikologi dan pendidikan . Penggunaan e-Journal adalah uintuk mencari journal dan artikel . Perlu diingatkan bahawa pustakawan ada menegaskan pada kebiasaannya pelajar akan tersalah dengan mengatakan EBSCOhost adalah journal padahal pada hakikatnya ia adalah salah satu pengkalan data untuk mencari journal-journal .Di sini , saya lampirkan beberapa pengkalan data yang terdapat dalam e-journal .
- Ebscohost
- ProQuest
- Taylor & Francis Online
- Springer Link
- dan banyak lagi di laman web perpustakaan PTSL
Cara menggunakan e-Journal .
- Masuk ke laman web e-Journal .
- Untuk memperoleh maklumat dengan lebih mudah , pilih subjek yang berkaitan dengan fakulti masing-masing contohnya , education & psychology .
- Di bawah subjek 'education & psychology' akan dipaparkan beberapa pengkalan data untuk mencari journal-journal yang berkaitan . Sebagai contoh, kita gunakan pengkalan data Taylor & Francis Online .
- Klik salah satu pengkalan data dan 'search' tajuk journal yang dikehendaki . Untuk memudahkan pencarian , pengguna juga boleh kecilkan skop pencarian mengikut subjek masing-masing dan sebagai contoh subjek pendidikan .
Sebagai info tambahan , penggunaan semua pengkalan data di atas adalah dalam bahasa inggeris dan di sini saya lampirkan beberapa capaian pencarian jurnal dalam bahasa malaysia . Antaranya ialah :
- UKM Institutional Repository
- UKM Journal Artical Repository
Selamat mencuba :))
Di akhir taklimat, kami diberi tugasan untuk mencari maklumat menggunakan e-Journal dengan mencari sekurang-kurangnya 5 artikel daripada jurnal yang dilanggan di PTSL . Artikel yang telah dicari kemudiannya akan di'save' dalam satu folder 'Bahan Pencarian' dan dimuatnaik ke dalam online portfolio masing-masing .
Comments
Post a Comment