Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 9


 Assalamualaikum dan salam cuti midsem :)


 FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI

Lepas demam, sempat lagi join Hari Interaksi PKMK, untuk anak-anak kedah kat Hutan Lipur Sungai Tua, Selayang . Best sangat dapat jumpa geng-geng Kedah . Sempat bersukaneka jea sebab hujan lebat, eksplorace terpaksa dibatalkan dan diganti dengan LDK . Macam mana pun, pengalaman tue penting . Rasa puas sangat sebab sepanjang aktiviti dijalankan, 'depa' semua cakap Kedah abaq ampa .. Rasa macam kat negeri sendiri . ^^

 







Apa-apa pun, minggu nie kelas dijalankan seperti biasa . Selepas mengimbas kembali pembelajaran minggu lepas berkenaan data kuantitatif, Puan Fariza dedahkan pula dengan data yang berbentuk kualitatif pada minggu ini . Seperti sedia maklum, kuantitatif adalah sesuatu yang lebih bersifat 'numeric' manakala data kualitatif lebih berbentuk penulisan atau penceritaan .Penyelidik perlu membuat penelitian  secara teliti sebelum membuat intepretasi terhadap data yang dipungut seperti
  • melihat  
  • mendengar
  •  memahami

    Antara contoh data kualitatif termasuklah :
    • Data temubual
    • Data observasi
    • Dokumen bertulis
    • Cetakan daripada perbincangan atas talian   

      Hasil daripada kajian survey monkey yang lepas, berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan, kami perlulah mengaplikasikan data kualitatif yang berbentuk data temubual . Soalan kaji selidik yang telah dijalankan telah dibahagikan kepada tiga soalan . Oleh itu, aktiviti meng'coding' dijalankan untuk proses seterusnya . Data reduction atau lebih dikenali sebagai 'coding' adalah antara prinsip dalam analisis data kualitatif . Antara prinsip-prinsip lain adalah :
    • Analisis data kualitatif bersifat dinamis, fleksibel  
    • —Melibatkan intepretasi penyelidik 
    • Data berbentuk ‘string’ atau ayat contohnya temubual  
    • Penulisan laporan lebih berbentuk ‘naratif


    Terdapat 3 sumber utama dalam coding iaitu 
    •  Analisis isi kandungan (content analysis)
    • Sorotan literature (hasil kajian lepas)
    • Tema yang sudah termasuk dalam soalan

       Seterusnya, saya sertakan proses-proses menganalisis data kualitatif  
    • Step 1 : Baca data secara keseluruhan    
    • Step 2 : Masukkan tema/koding dalam kotak bersebelahan  
    • Step 3 : Setelah open-coding selesai, kategorikan tema-tema tersebut ke dalam tema yang lebih besar.  
    • Step 4 : Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada tema yang tercicir  
    • Step 5 : Dapatkan tema yang muktamad   Semua step di atas telah kami praktikkan bersama-sama di dalam kelas  secara berduaan . Setelah selesai, kami diminta mempersembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok . 

    Rajah Pokok


     Akhir sekali, uploadkan semua data yang dipelajari pada hari ini pada dropbox dan yahoogroup .Sebelum balik ke kampung halaman, saya harap masih tidak terlambat untuk mengucapkan ribuan tahniah pada classmate yang berjaya mengharumkan nama UKM minggu lepas . Tahniah kepada Mohamad Hafizudin Sulaiman dan Muhammad Nazri bin Muslim :)
    Selamat ber'holiday' dan 'take a good care' kawan-kawan :)))



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Refleksi pembelajaran minggu ke - 7

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8