Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8
Assalamualaikum w.b.t dan salam november :)
FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI
FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI
KENANGAN BERSAMA DI KEDAH |
Akhirnya, sampai jua ke Kampus Induk UKM . Perjalanan yang lama menyebabkan pelbagai perasaan menyelubungi diri . Trafik sesak ditambah pula dengan hujan yang tidak berhenti-henti mencurah menyebabkan kami lambat tiba ke destinasi . Hampir ke hujung senja baru kelihatan bumbung KKM yang masih lagi tersergam indah pada saat itu ..
Hari pertama dan kedua kelas nampaknya berjalan dengan lancar dan akan tetapi pada hari ketiga rasa sakit kepala yang teramat menguasai diri sehinggalah akhirnya demam . Hal ini seterusnya menyebabkan saya tidak dapat hadir ke kelas komputer dalam pendidikan pada minggu ini . Tidak hadir tidak bermakna pembelajaran pada minggu ini diabaikan sebegitu sahaja . Walaupun input yang disampaikan oleh rakan seperjuangan tidaklah se'detail' seperti di kelas tetapi setidak-tidaknya setiap point yang diterangkan dapat memandu ke arah menyelesaikan tugasan pada kali ini . Saya difahamkan pada minggu ini kami didedahkan dengan sistem SPSS .
SPSS ( Statistical Product and Service) ialah salah satu pakej statistik paling popular yang boleh melakukan manipulasi data dan analisis yang sangat kompleks dengan arahan yang mudah . Dengan kata mudahnya, SPSS memudahkan analisa sesuatu kaji selidik tanpa menganalisa secara manual . Sebagai contoh, SPSS digunakan selepas kami menyiapkan tugasan questionnaire menggunakan 'surveymonkey' pada minggu lepas .

Cara-cara menggunakan SPSS :
- Langkah 1 : Untuk membuka software SPSS, tekan 'start' dan klik pada 'all program' serta seterusnya klik pada SPSS Inc .
- Langkah 2 : SPSS menyediakan 2 lembaran dalam window iaitu 'data view' dan 'variable view ' . Gunakan variable view untuk memasukkan segala jenis data untuk dianalisis .
- Langkah 3 : Setelah memasukkan data, sistem akan menganalisis data tersebut dan seterusnya membolehkan pengguna memilih hasil analisa dalam pelbagai bentuk seperti histogram, carta bar, carta pai dan lain-lain .
Setelah selesai, kami diminta untuk membuat laporan tentang hasil analisa tersebut mengikut tiap-tiap soalan kaji selidik lepas. Selain itu, Pn Fariza juga telah menyediakan beberapa soalan di i Folio dan kami ditugaskan untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan menyediakan laporan berdasarkan kata kunci daripada jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh diri sendiri dan rakan-rakan yang lain .
Semoga ilmu pada kali ini bermanfaat dan dapat digunakan sebaiknya . InsyaAllah ada jalannya :)
Comments
Post a Comment