Refleksi pembelajaran minggu ke - 7



Assalamualaikum dan salam aidiladha :)


FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI

Salam aidiladha diucapkan kepada kaum Adam & Hawa yang beragama Islam . Minggu ni 'best' sangat sebab sambut raya di kampung halaman walaupun hanya empat hari . Peluang macam ni memang tak disiakan begitu saja sebab minggu ni adalah minggu yang ditunggu-tunggu sepanjang menjejakkan kaki di UKM , minggu balik rumah, balik Kedah :)

Kebiasaannya , pada setiap tahun akan diadakan kenduri korban di rumah tok (nenek) di kampung tapi tahun ni kenduri korban diadakan di rumah sendiri bersempena aqiqah anak-anak saudara . Seronok dapat kumpul beramai-ramai kerana tak selalu dapat bersama kerana masing-masing dah berkeluarga . Kawan-kawan juga turut serta memeriahkan majlis di rumah . Walaupun cuti sikit tapi berkualiti :)




Rasa malas sangat nak balik tapi semangat sebagai seorang warga FPEND membetulkan semula niat . Kehidupan sebagai seorang mahasiswi UKM perlu diteruskan . Berjihad untuk menimba ilmu .

Sebelum pulang ke kampung halaman , kami telah dibekalkan dengan satu tugasan oleh Pn Fariza . Kami (mengikut kumpulan minggu lepas) perlu menyediakan questionnaire dengan menggunakan aplikasi 'surveymonkey' . Di sini , kami perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10 soalan berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pendidikan . Saya dan teman kesayangan , Deena mula mengorak langkah dan kami membuat keputusan memilih tajuk pembentangan pada minggu sebelum ini untuk memudahkan proses membina soalan . Di sini, saya lampirkan bersama questionnaire yang telah berjaya kami siapkan . Sesiapa yang singgah di sini, bolehlah pinjamkan masa 2 minit untuk menjawab di sini . :)  

Selesai membina soalan-soalan tersebut, kami diminta supaya link survey di GROUP GE1155( Khamis 11-2 ) agar mudah untuk dicapai oleh semua rakan seperjuangan dan tutor kesayangan :)

  
Alhamdulillah , tugasan pada kali ini selesai :))






Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8