Refleksi pembelajaran minggu ke - 4


Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah buat semua :))

FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI

KAMI BAGAIKAN SEBUAH KELUARGA ('',

Minggu nie update lambat sikit naa , banyak kerja yang perlu diselesaikan sebab join geng 'PENDIDIK' menjayakan program 'Family Day' yang diadakan di Sg Congkak, Hulu Langat, Selangor . Banyak aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk mengeratkan ukhuwah sesama senior dan junior fakulti pendidikan . Program macam nie memang patot diadakan pada tiap-tiap tahun bagi memastikan tidak berlaku jurang persahabatan antara kami khususnya :)) Best sangat walaupun xsihatt :) Terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang yang terlibat .

Minggu ke-4, minggu yang mana kami S1K5 didedahkan dengan Web 2.0 .

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau alatannya yang tersendiri. 
Web 2.0 dilihat dapat membantu mengatasi kekangan sistem e-pembelajaran kerana aplikasi Web 2.0 sangat popular di kalangan remaja yang sebahagian besarnya adalah pelajar.

Aplikasi Web 2.0 menjadi suatu fenomena baru dalam hidup kita. Aplikasi ini tidak hanya digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain, malah turut digunakan di dalam bidang penyebaran maklumat.

 
Web 2.0 tue macam mana ?

Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet dengan bantuan pelayar web dan tidak perlu proses instalasi terlebih dahulu seperti yang umumnya kita gunakan sehari-hari. Sebuah laman Web 2.0 memberi penggunanya pilihan bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti maya.
Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.

Terdapat beberapa ciri yang menggambarkan web 2.0. Antaranya adalah:

i. Web sebagai platform.
  • Platform di sini membawa maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung di atas internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google, yang mana boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi. Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi web 2.0 ini tidak lagi terbatas penggunaannya kepada satu sistem operasi sahaja. Malah kita tidak perlu untuk memasukkan apa-apa sistem untuk menggunakannya.

ii. Gabungan maklumat dan pengetahuan.
  • Aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak secara kolektif. Hasilnya ialah satu medan pengetahuan yang sangat besar hasil daripada gabungan pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia atas talian (online) yang membolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel yang dipaparkan. Hasilnya adalah sebuah ensiklopedia atas talian besar yang sangat lengkap artikelnya. Contoh yang lain adalah del.icio.us, di mana semua orang akan memaparkan link-link menarik yang mereka temui di internet. Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bahan yang menarik hasil gabungan ribuan orang. Jaringan pengetahuan ini ibarat sel-sel otak yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.

iii. Kekuatan data.
  • Kekuatan web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google, yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data bagi laman-laman web di internet. Amazon.com juga adalah salah satu contoh yang boleh kita lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya.

iv. Kitaran kemaskini perisian.
  • Tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua atau tiga tahun sekali misalnya Microsoft Office versi 97,2000, XP, dan seterusnya, aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini. Contohnya Google, seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.

v. Model aturcara yang mudah.
  • Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula layanan suatu aplikasi web 2.0 membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google Maps, yang mana dengan mudahnya dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya adalah seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lain dikenali dengan istilah mashup.

vi. Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).
  • Aplikasi web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan hanya terbatas kepada platform komputer sahaja. Contohnya adalah iTunes dan TiVo. iTunes dari Apple dapat berintegrasi dari server Internet (dalam bentuk muzik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), hinggalah ke mobile device (dalam bentuk iPod).

vii. Rich user experiences.
  •  Aplikasi web 2.0 mempunyai antara muka pengguna yang hebat walaupun hanya beroperasi di dalam browser. Teknologi seperti AJAX membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat. Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi email ini memiliki antara muka pengguna yang hebat. Dengan menambah pelbagai aplikasi di dalam email seperti IM (Intstant Messaging), pengguna dapat berinteraksi melaluinya.

      Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. E-pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. Sistem P&P yang menggunakan aplikasi Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 ini menekankan aspek konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial .






Comments

Popular posts from this blog

Refleksi pembelajaran minggu ke - 7

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8