Refleksi pembelajaran minggu ke-3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :))

FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI

Minggu ni agak tekanan sebab terpaksa tulis refleksi ketiga ni dua kali . Hal ini mungkin disebabkan kelalaian saya sendiri di mana tidak memastikan dengan betul penulisan ini di'save' atau tidak . Tekanan sangat tapi xbeerti kejadian seperti ni mematahkan semangat saya untuk terus berjuang menulis dan terus menulis di ruangan blog ini untuk perkongsian sesi kelas komputer dalam pendidikan dan sebagai nota untuk rujukan masa hadapan . ;)

Selepas menghadiri kelas minggu lepas bersama Dr Siti, saya mula faham sebagai langkah berjaga-jaga kita boleh menggunakan kemudahan 'Dropbox' untuk simpan fail secara online . Kepada sesiapa yang tidak tahu lagi apa itu dropbox, ianya merupakan satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan ‘cloud storage’. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet. Peranannya sama seperti 'pendrive' tetapi yang bezanya dropbox digunakan secara maya dan memerlukan pautan pada internet manakala pendrive mempunyai rekabentuk yang tersendiri dan perlu dibawa bersama-sama jika hendak digunakan .

 Di sini, saya sertakan cara-cara untuk menggunakan dropbox :
  • Daftar akaun dropbox dan download aplikasi dropbox dan 'install' ke dalam komputer .
  • Pilih directory dalam komputer untuk jadikan folder dropbox semasa proses installation .
  • Login ke akaun dropbox untuk menggunakan aplikasi dropbox .
  • Masukkan apa sahaja fail atau dokumen ke dalam folder dropbox yang kita tetapkan di komputer, kemudian aplikasi ini akan upload fail-fail tersebut ke akaun dropbox kita secara automatik .





 Selamat mencuba :)))







Seterusnya , kami juga perlu meneroka apa yang dimaksudkan dengan 'Learning Management System ( LMS ) dan Course Management System ( CMS ) .

                                                           
    Apa yang dimaksudkan dengan LMS ? Jom kita cuba teroka :)
LMS atau Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah sebuah sistem untuk pentadbiran, pendokumentasian, pemantauan dan laporan untuk sesebuah program latihan, kelas pembelajaran dan program e-learning.
Hasil daripada beberapa rujukan yang dibuat, sesebuah LMS hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Pengawalan pentadbiran organisasi pendidikan tersebut.
  • Keupayaan pengguna terhadap sistem bagi memberi manfaat dari segi pendidikan atau informasi.
  • Memberi input dan informasi kepada pengguna secara lancar .
Pada kebiasaannya, pihak pentadbiran seperti pusat pengajian tinggi akan menggunakan sistem ini untuk penggunaan oleh para pelajar dalam sesi pembelajaran secara kendiri. Ia menyediakan senarai kursus yang ditawarkan, dan membolehkan  pelajar mendaftar dalam kursus-kursus.

        Apakah kepentingan LMS ?
  • Pentadbiran - Teras untuk mengurus dan mentadbir fungsi pembelajaran kendiri seperti kelas, pendaftaran, katalog kursus dan pengajar.
  • Memudahkan Pembelajaran - LMS boleh digunakan sebagai platform dan toolset untuk membina dan menguruskan program e-learning.
  • Perusahaan luas penyelesaian - Tiada lagi hanya satu sistem untuk jabatan pembelajaran, kini LMS sering digunakan oleh organisasi
  •  Pengurusan Bakat - Terdapat pengurusan bakat baru trend akan datang, di mana sistem LMS digunakan untuk membantu perancangan penggantian, sistem pengurusan prestasi, penilaian prestasi, mewujudkan matlamat dan penilaian pekerja serta rancangan pembelajaran dan pembangunan. Trend teknologi utama dan ciri-ciri yang menyokong sebab-sebab atas untuk membeli. 

    Contoh yang  paling dekat dengan kita iaitu yang kerapkali kita gunakan semasa berada di universiti kebanggaan ini tidak lain dan tidak bukan ialah SMPWeb .


    Sebenarnya , agak lama masa yang diambil untuk meneroka sebenar-benarnya apa itu lms dan cms kerana kedua-duanya kelihatan agak sama kegunaannya . Saya juga cuba membandingkan maklumat dari kawan-kawan seperjuangan, nyata maklumat mereka berbeza dengan apa yang saya faham . Saya mula berasa bimbang kerana masih seperti lalang tidak dapat memastikan kebenaran apa yang saya faham . Setelah diteliti, jum kita sama-sama terjah apa yang dimaksudkan dengan CMS .


     Apakah maksud  Course Management System (CMS) ?

    CMS atau Sistem Pengurusan Kursus adalah satu set alat yang membolehkan pengajar untuk mencipta kandungan kursus dalam talian dan hantar di Web tanpa perlu untuk mengendalikan bahasa pengaturcaraan HTML atau lain-lain.

    Apakah fungsi CMS ?
    1.      
    CMS meletakkan bahan-bahan kursus dalam talian. Kebanyakan CMS menyediakan  butang untuk
    • sukatan pelajaran kursus
    • jadual kursus        
    • dan bahan-bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran tertentu seperti
      • salinan bacaan  
      • dan Powerpoint slaid dari kuliah.

          2.       Ia juga sebagai  track kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian yang membolehkan pengajar untuk memberi kuiz dan ujian dalam talian dan gradebook talian yang mana pengajar boleh mengepos gred pelajar.
          3.        Perbincangan lembaga di mana pengajar dan pelajar boleh berbincang bahan bacaan dan meneruskan perbincangan di dalam kelas formal.
          4.        Alat komunikasi  yang membolehkan pengajar menghantar pengumuman untuk kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar.
          5.       Kotak kunci untuk pelajar di mana pelajar boleh menyimpan bahan-bahan kelas dengan selamat sama ada persembahan untuk memberi kemudahan di dalam kelas atau membuat sandaran tugasan kelas di tempat yang selamat.

    Contoh CMS yang dekat dengan kita ialah I folio .

    Antara lain contoh termasuk Blackboard , WebCT  dan sistem sumber terbuka Moodle :)


    Akhir kata,


     






Comments

Popular posts from this blog

Refleksi pembelajaran minggu ke - 7

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8