Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 10
Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah :) FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI Minggu ke - 10, bermakna lagi 4 minggu sem ni akan berakhir . Kejap jea kan .. =_= Masing-masing buat kerja masing-masing. Bosan jea rasa . hee Sekadar selingan :) Minggu ni belajar Multimedia dalam Pendidikan . Sebelum meneruskan keterangan dengan lebih lanjut, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan perkataan multimedia itu sendiri . Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti; teks video grafik audio animasi Elemen-elemen ini perlu untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.:) ...