Refleksi pembelajaran minggu 1 dan 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia ..  :)))

FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI 


      Sejak hari pertama menjejakkan kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tidak terlintas langsung kehidupan sepertimana kehidupan sebenar yang dilalui saat ini . Semua perkara yang dilakukan atas diri sendiri , siapa buat dia yang dapat dan rasa bertuahnya apabila ditempatkan di Kolej Keris Mas (KKM) dan di Fakulti Pendidikan (FPEND) . Salah satu tempat   
yang patut dibanggakan .
  
  Setelah menelusuri hari demi hari, keadaan semakin stabil dan perlu mengikut jadual yang dikemaskini dan diatur sendiri . Salah satu daripadanya adalah subjek Komputer dalam Pendidikan . Dari seorang gadis yang buta IT, saya mula meneroka alam siber bersama rakan - rakan lain yang diselaraskan oleh Dr Siti Fatimah bt Mohd. Yassin dan dibantu oleh tutor kumpulan S1K5 iaitu Puan Fariza bt Khalid . Seronok berjumpa rakan - rakan senegeri iaitu Kedah seperti Nadia , Deena , Zahid dan Izwan . Tidak lupa juga kepada Norli daripada Negeri Sembilan . Semoga kita dapat sama - sama mengembara ilmu dan saling bantu - membantu antara satu sama lain . :)
    
 Rumusan dari minggu pertama adalah :

1.    Dapat mempelajari cara-cara mencipta email menggunakan yahoo mail dan google mail .
Sebagai bukti, saya telah berjaya mencipta dua email rasmi yang baru menggunakan nama penuh yang seharusnya digunakan oleh setiap orang bak kata Dr Siti "banggalah dengan nama yang diberi oleh ibu bapa kamu" . :)
Setelah email disahkan aktif, kami diarahkan untuk membuat 'signature' . Antara kandungan yang perlu ada dalam signature tersebut adalah ;

  •  Nama  
  •  Program 
  •  Fakulti 
  •  Google mail 
  •  Yahoo mail 
  •  Alamat laman web yahoogroups 
  •  Alamat  laman web facebook 
  •  Alamat laman web blog
2.     Kami S1K5 dapat mencipta group sendiri menggunakan 'yahoogroup' . Yahoogroup berperanan untuk memudahkan komunikasi antara ahli sesama kumpulan . Hal ini demikian kerana satu maklumat yang dihantar melalui penggunaan yahoogroup dapat disampaikan kepada semua ahli yang terlibat . Hal ini sedikit sebanyak dapat memudahkan sesuatu info bergerak dengan pantas dan diterima ramai dalam masa serentak .

Selain itu , rumusan dari minggu kedua adalah :
 
1.  Dapat mencipta laman sosial facebook . Masyarakat pada hari ini banyak didedahkan dengan teknologi maklumat dan tidak hairanlah jika dikatakan 1/4 daripada rakyat Malaysia mempunyai laman sosial ini dan sayalah salah seorang daripadanya . :)
Oleh itu, secara rasminya saya menggunakan facebook ini pada waktu dan ketika ini . Kepada kawan - kawan, marilah sama - sama meringankan tangan menekan butang "add" di sini . Di samping itu, setiap orang pelajar juga digalakkan mencipta satu group untuk memudahkan penyampaian sesuatu maklumat berlaku dan akhirnya saya berjaya menubuhkan satu group sendiri . Sekali lagi kepada kawan - kawan, marilah sama - sama kita berkongsi pengalaman belajar dengan mengikuti group saya di sini .  Terima kasih diucapkan kepada yang telah bertindak dengan segera kerana pilihan anda adalah tepat sekali . :)

2.  Mengemaskini databese yahoogroup . Databese yahoogroup adalah seperti satu butiran mengenai pelajar yang mengikuti kelas ini yang perlu dilengkapkan untuk memudahkan penyelaras mahupun tutor dan ahli mengenali dan mengetahui  maklumat para pelajar itu sendiri . Antara maklumat yang perlu dilengkapkan seperti;
  • Nombor matrik
  • Nama penuh
  • Email rasmi
  • Nombor telefon
  • Alamat laman web yahoogroup
  • Alamat laman web blog
  • Alamat laman web facebook

3.  Kami juga didedahkan dengan pengajaran membina blog sendiri . Daripada maklumat yang saya dapat, saya difahamkan penggunaan blog dalam subjek Komputer dalam Pendidikan ini adalah sebagai satu medium mencatat segala pengajaran dan pembelajaran yang diterima sepanjang sesi pembelajaran subjek ini . Jika dibandingkan dengan subjek - subjek lain, lebih mudah ditafsirkan menyerupai nota tetapi nota Komputer dalam Pendidikan ini secara maya . Setelah berusaha meneroka penggunaan blog dan akhirnya inilah hasilnya untuk refleksi minggu 1 dan minggu 2 . Mudah - mudahan, ilmu yang dipelajari dapat memberi faedah kepada kita semua .

Terima kasih kepada Dr Siti dan Puan Fariza atas tunjuk ajar pada minggu 1 dan 2 . Semoga segala kekurangan dapat diperbaiki kelak dan mohon pencerahan dari semasa ke semasa .
Sesungguhnya , perjuangan kita masih belum selesai . >_<


Comments

Popular posts from this blog

Refleksi pembelajaran minggu ke - 7

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke - 8