Refleksi pembelajaran minggu 1 dan 2
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia .. :))) FAKULTI PENDIDIKAN PENERAJU PENDIDIKAN BERKUALITI Sejak hari pertama menjejakkan kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tidak terlintas langsung kehidupan sepertimana kehidupan sebenar yang dilalui saat ini . Semua perkara yang dilakukan atas diri sendiri , siapa buat dia yang dapat dan rasa bertuahnya apabila ditempatkan di Kolej Keris Mas (KKM) dan di Fakulti Pendidikan (FPEND) . Salah satu tempat yang patut dibanggakan . Setelah menelusuri hari demi hari, keadaan semakin stabil dan perlu mengikut jadual yang dikemaskini dan diatur sendiri . Salah satu daripadanya adalah subjek Komputer dalam Pendidikan . Dari seorang gadis yang buta IT, saya mula meneroka alam siber bersama rakan - rakan lain yang diselaraskan oleh Dr Siti Fatimah bt Mohd. Yassin dan dibantu oleh tutor kumpulan S1K5 iaitu Puan Fariza bt Khalid . Seronok berjumpa rakan - rakan s...